About Me

My photo
Aku adalah aku..Tak ada seorang pun yang seperti aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada tika ini walaupun banyak benda lagi yang belum dicapai dan tercapai. Bersyukurlah selalu!!!Aku selalu mengingatkan diriku sendiri jangan sesekali lupa diri & ingat akan usulku. Hidup hanya sementara,jadi beringat & berwaspadala selalu.Sekiranya aku lupa dan leka,tolonglah ingatkan aku...

Saturday, 15 October 2011

Alahai....

     Bunyi ayam berkokok.Jam menunjukkan pukul 5.19 pagi. Hari dah siang rupanya. Tapi kenapa mataku x ngantuk lagi. lepas ni akan ku paksa mata ini pejam rapat2..tapi bukan untuk selamanya ye. Tapi untuk merehatkan mata & minda yang dah penat sangat2. Nasib  baik esok day off. Boleh tdo puas-puas sampai ke petang. Huhu..akan kugunakan masa yang ada untuk rehat sepuas-puasnya. Lusa dan tulat akan bermula lagi rutin harianku. Kerja,kerja,kerja dan kerja..entah sampai bila. Aku saje je sebenarnya. Mestila kena kerja. Kalau x kerja macam mana mau hidup lor...Zaman sekarang ni mana boleh duduk goyang kaki. Setakat nak berangan2 macam Mat Jenin pun,xde maknanya. Sedap sangat berangan sampai x sedar diri jatuh dari pokok. Itu  Mat Jenin bukan aku ye..Jadi kena usaha jugalah. haha...saje je nak motivasikan diri saya sendiri. Kalau x siapa lagi nak bagi nasihat kat saya. Tula,masa sekolah dulu2,orang suruh rajin belajar. Kalau x boleh jadi doktor. Tengok sekarang ni, jadi kuli doktor jew.Kalau ada yang x kena x pasal-pasal kena maki ngan doktor. Huhu...apapun,syukurlah nak. Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Apa yang penting sekarang ni kena rajin berusaha.Dusss....ngantuk lak mata ni. Bunyi azan pun dah berkumandang...Tdo dulu la..

No comments:

Post a Comment