MissyYnna In Da House
I AM ME..NOBODY IS LIKE ME!!!
About Me
- TelonMato
- Aku adalah aku..Tak ada seorang pun yang seperti aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku ada tika ini walaupun banyak benda lagi yang belum dicapai dan tercapai. Bersyukurlah selalu!!!Aku selalu mengingatkan diriku sendiri jangan sesekali lupa diri & ingat akan usulku. Hidup hanya sementara,jadi beringat & berwaspadala selalu.Sekiranya aku lupa dan leka,tolonglah ingatkan aku...
Tuesday, 18 October 2011
Sunday, 16 October 2011
Maria Mariana
Bestnya duduk umah berehat. Sesekali cuti berehat di hujung minggu ni kan best. Apa tidak,selama ni tiap kali hujung minggu asyik kerja je. Orang syokkk je duduk umah kita lak turun kerja.huhu...nak buat camna kan. Dah dapat kerja shif cam2la..bukannnya cam korang yang kerja office hours.Apapun,dah biasala semua tu. Oh ya,petang ni best gak aku layan cita Maria Mariana di TV3. Salah satu filem kegemaranku time zaman sekolah dulu2. Biasalah, kalau Erra Fazira yang berlakon ,tengok banyak kali pun x kisah laa. Bukan sahaja cantik tambah dengan bakat yang ada tu memang menyerlah. Very the PERFECT.Tambah lagi berlakon dengan Kak Ziana Zain. Terbaik punyerrrr....
Kak Ziana???heheh..aku panggil kakak je coz dia memang baik. X sombong & peramah lagi. (Bukan cam sesetengah celebreti tu,sombong sangat cam nak mampus. Dalam tv je nampak baik tapi bila jumpa kat luar hampehhh!! Minta maafla kalau ada yang terasa. Bukan nak kutuk tapi hakikat yang sebenarnya. Siapa makan cili dia rasa pedasnya. I HATE HYPOCRITE PEOPLE.)Tapi Kak Ziana memang baik punyerrr.. Ayahnya Pakcik Zain pun aku pernah jumpa gak. Baik sangat2.Biasala regular customer kat tempat aku kerja. Cuma x berkesempatan je nak bergambor Kak Ziana & Anuar yang Handsome.hehe.. Maklumlah,aku ni malas nak tangkap2 gambor. Aku ni konon-konon agak pemalu cikit.hihi..Mesti korang pelik kenapa aku puji dia habis2 kan? Apa salahnya kita puji orang yang memang pantas untuk dipuji. Berbalik ngan cerita Maria Mariana tadi ,memang best la. Baik untuk ditonton oleh masyarakat umum masa kini walaupun cerita tu agak berzaman.Ia mengisahkan ikatan kekeluargaan. Bak kata pepatah, Air dicincang x akan putus. Begitulah diibaratkan tali persaudaraan. Baik kita menghargai apa yang ada sekarang ini. Mana tau esok lusa ada yang dah x ada. Susah nak cari pengganti. Macam aku dah kehilangan seorang abang kandung kesayanganku lebih kurang 6 tahun yang lalu...huhuhuhu...sedih sangat2 kalu korang nak tau. Bagi yang pernah kehilangan yang tersayang mesti faham apa yang aku maksudkan. Bak kata orang berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..Dipendekkan cerita, hopefully,korang menghargai apa yang korang ada tika ini. Jangan sampai nti bila dah kehilangan baru anda menyesal. Dah x da gunanya.....
Saturday, 15 October 2011
Alahai....
Bunyi ayam berkokok.Jam menunjukkan pukul 5.19 pagi. Hari dah siang rupanya. Tapi kenapa mataku x ngantuk lagi. lepas ni akan ku paksa mata ini pejam rapat2..tapi bukan untuk selamanya ye. Tapi untuk merehatkan mata & minda yang dah penat sangat2. Nasib baik esok day off. Boleh tdo puas-puas sampai ke petang. Huhu..akan kugunakan masa yang ada untuk rehat sepuas-puasnya. Lusa dan tulat akan bermula lagi rutin harianku. Kerja,kerja,kerja dan kerja..entah sampai bila. Aku saje je sebenarnya. Mestila kena kerja. Kalau x kerja macam mana mau hidup lor...Zaman sekarang ni mana boleh duduk goyang kaki. Setakat nak berangan2 macam Mat Jenin pun,xde maknanya. Sedap sangat berangan sampai x sedar diri jatuh dari pokok. Itu Mat Jenin bukan aku ye..Jadi kena usaha jugalah. haha...saje je nak motivasikan diri saya sendiri. Kalau x siapa lagi nak bagi nasihat kat saya. Tula,masa sekolah dulu2,orang suruh rajin belajar. Kalau x boleh jadi doktor. Tengok sekarang ni, jadi kuli doktor jew.Kalau ada yang x kena x pasal-pasal kena maki ngan doktor. Huhu...apapun,syukurlah nak. Bukan senang nak dapat kerja zaman sekarang ni. Apa yang penting sekarang ni kena rajin berusaha.Dusss....ngantuk lak mata ni. Bunyi azan pun dah berkumandang...Tdo dulu la..
Subscribe to:
Posts (Atom)